Thursday, October 15, 2009

Toksu Kota Singa

Kunjungan saudara jauh dari Kota Singa sememangnya ditunggu tambah pula dalam Syawal yang mulia. Toksu Kassim, kini 80 tahun merupakan bapa saudara abah yang bongsu menetap selamanya di negeri yang ada F1 waktu malam. Menurut abah, ini merupakan kunjungan Toksu ke KL yang ketiga sebelumnya 1987 dan 1989.

Kesempatan berhubung melalui telefon dengan Toksu pada petang Sabtu membolehkan kami membuat sedikit persediaan sementelahan abah juga ternanti-nanti kedatangan Toksu selepas 20 tahun.


Pagi Ahad, kami meneruskan program seperti biasa manakala abah pergi pekena roti canai, keluar dari 7.30 pagi tapi tak balik-balik.  2 jam kemudian selepas puas abah keluar masuk telefon sana telefon sini kerana jangkanya tiba pukul 9.30 Toksu akhirnya tiba sekitar 12.00 tengahari bersama maktam Maznah, anak ketiga Toksu dihantar oleh keluarga pakngah Udin, sepupu abah.



Toksu bertolak malam Sabtu dengan Senandung Malam Keretapi Tanah Melayu (satu-satunya Melayu yang tinggal - itupun dah dishortkatkan jadi KTM ), tiba di KL 5.00 pagi dijemput oleh pakngah Udin. Toksu's next destination katanya ke rumah anaknya yang bongsu, Sani di Sri Petaling dan akan berlepas pulng ke Singapura pada malam.



Sebelum pulang Toksu tak lupa memberikan duit raya untuk cucu yang berempat tapi dengan adanya Faiz, nampak gaya kena sharelah sorang 10 dollar. Opps, duit singapore tu, jadi sorang 20 inggit la kot.

3 comments:

  1. abah cakap kat saya, semenjak wan'su meninggal, toksu kerap menalipon enpon abah hampir setiap hari, tetapi abah tak jawap call tuh..dunnow why,
    kedatangan saya ke BA, wednesday 2 minggu lepas, abah suruh saya angkat talipon rumah dan menalipon toksu, lepas beri salam saya pass talipon kat abah, mereka bercakap selama 20 menet..talian terputus sbb kredit 20.18sen dalam tu habis. lepas tu Toksu menalipon semula enpon abah dan bercakap lagi selama hampir setengah jam..dari situ bibit bibit pertemuan bermula...

    hahaha..sorri terpanjang pulak komen saya

    ReplyDelete
  2. Mungkin dari situ terdetik di hati toksu untuk turun ke KL beraya, tapi dia dah biaso naik tren ke Rembau, kawasan Khairy. Pasal tipon tu dah lamo at least since july, sbb abah ada mintak ambo call toksu - so cakap dalam 16 menet, kono 8 riyal.

    ReplyDelete
  3. Seingat ese anak Tok Su yang bernama Sani tu pernah duduk ditaman pada hujung tahun 80an.Dia dan tunang dia dan seorang lagi awek duduk dibilik yang Pak Tam duduk skrg.Masa tu dia first time dia dtg M'sia dan kitaorg bawa dia jalan-jalan di Dayabumi dan sekitar KL.Tak tahulah pula dia dah menetap di Malaysia ni.

    ReplyDelete