Sabtu lepas, majlis kenduri pasangan pengantin baru Ain Najwa Badrul Amin dan pasangannya Mohd. Afham bin Kamin telah berlangsung di Masjid Al- Faizin ,Taman Ehsan , Kepong, KL. Saya yang sedang mengikuti kursus 1 hari Tajwid Al-Barqy di UIA bergegas ke sana bagi menghadiri jemputan tersebut. Abah dan anak-anak pergi berasingan dari rumah, walaupun sebelum tu abah terpaksa menjemput Sarah dari swimming class dan menghantarnya dahulu ke tampat kenduri , kerana Ain Najda (adik bongsu pengantin ) minta Sarah jadi flower girl , so flower girl kena sampai awal, seawal jam 12 tgh.
Sesampai di sana lebih kurang jam 2.30 ptg, acara persembahan silat sedang berjalan. Suasana begitu meriah, para jemputan datang menderu-deru, macam ceramah Dr. Badrul Amin juga. Jemputan di kalangan rakan parti Keadilan, kariah masjid Al- Faizin,,UIA, SERI Al- Huda dan sebagainya menyebabkan nasi minyak yang dihidangkan juga kehabisan. Tapi banyak lagi hidangan lain yang disediakan- sate, nasi impit, roti canai, kuih tradisional, kuih raya, cendol, ais krim dan lain-lain lagi. Tak tahulah saya, amirul dan ariff makan berapa banyak ais krim pada hari tu.Kanak-kanak dan ibu bapa kanak-kanak juga begitu.
Kak Zumrah (ibu pengantin) yang saya kenal personally kerana kami sama-sama AJK PIBG Seri Al-Huda begitu sabar melayan tetamu jemputan walaupun cuaca agak panas dengan angin yang bertiup sekali-sekala. Tahun ni masuk tahun ke-3 kami sama-sama sebagai AJK BAKA (PIBG) SERI Al-Huda. Apa yang saya dapati, Kak Zumrah walaupun istri Dr. Badrul Amin yang merupakan seorang politician cum ustaz cum businessman,tapi tak pernah secebispun ada rasa meninggi diri dari sudut percakapannya mahupun gerak-gerinya. Kalau ada gotong royong di sekolah, Kak Zumrah akan bersama-sama kami menarik paip air dan menyapu kelas-kelas dengan penyapu lidi. Tak hairan Kak Zumrah sabar dan tenang melalui saat-saat getir ketika Dr. Badrul Amin dimasukkan ke ISA sedikit masa dulu. Masa tu Ain Najda masih kecil ,teringat saya gambar Kak Zumrah mendukung Ain Najda di dada akhbar semasa melawat Dr. Badrul Amin di Kem Tahanan Kemunting. Tak sangka pula Ain Najda sekarang ni sekelas dengan Sarah.....
Dr. Badrul Amin (yg lebih mesra dengan panggilan ustaz) juga sibuk melayan tetamu yang hadir. Kata Kak Zumrah, walaupun kalah dalam pilihanraya umum tahun lalu, tapi kesibukan ustaz kadangkala mengalahkan ADUN dan ahli parlimen, maklumlah ustaz bukan sahaja terlibat dalam PKR, tetapi ustaz juga ahli agama, tanggungjawab menyampaikan yang maaruf dan memenuhi jemputan ceramah-ceramah agama di seluruh Malaysia sebahagian daripada rutin harian ustaz.
Semuga rahmat Allah dan rezeki yang berkat bertambah buat Dr. Badrul Amin dan Kak Zumrah sekeluarga .
Kepada Ain Najwa, Selamat Pengantin Baru, semuga menjadi isteri solehah kepada suami tercinta
dan bakal melahirkan sebuah keluarga mukmin sejati dunia akhirat.
Cam karangan budak sekolah darjah 5.
ReplyDeleteTQ for the comment,Insya Allah akan diperbaiki dr semasa ke semasa,almaklum dpt BM C3 masa skolah dulu
ReplyDeleteSalam Kak nani....
ReplyDeleteYang kahwin tu anak Ustaz Badrul Amin yang sulung ke ?
Pak Tih
Ni pantun budak darjah 5:
ReplyDeletePisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang body lemas di PD
hello orang yang takde nama...ok ler karangan tu drpd takde langsung..
ReplyDeleteW'salam, ain najwa anak dr badrul amin yg ke3,kalau tak silap abg sulongnya kembar.
ReplyDeleteHello En. Halym, backing nampak.. ader pape kerr??
ReplyDeleteI'm just being honest.
hullo mr takde nama, mestiler saya backing blogger seluruh dunia..saya juga bermula dari A suatu ketika dahulu..kritikan musti membina OK..hehe
ReplyDelete