Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Thursday, October 22, 2009

Syukran.....Titian Wahyu, Mentor Mentee EMAS


Majlis Ihtifal Mentor Mentee Emas dan jamuan makan malam hari sabtu lepas 17/10/09 telah berjaya dilaksanakan hasil penat lelah jawatankuasa EMAS Bereau, Titian Wahyu, UIAM di CAC. Ucapan terima kasih memang tidak memadai untuk ibu bapa sampaikan kepada mentor (pelajar Kelab Titian Wahyu UIAM) kerana sepanjang tahun 2009 ini mereka telah banyak menyumbangkan tenaga dan  masa untuk mendidik anak-anak SERI Al- Huda.

Setiap program yang dilaksanakan (kebanyakannya di UIA) mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar. Modul yang diketengahkan merangkumi 3 subjek akademik utama iaitu E - English, MA - Matematik dan S- Sains tetapi disampaikan dalam suasana  lebih santai dan lebih banyak aktiviti luar, eksperimen...

Friday, October 9, 2009

Waktu gempa sama dgn ayat & surah dlm Al-Quran... masya-Allah

Bismillah
Allahummasolli' alaMuhammad wa'alaaliMuhammad
Assalamu'alaikum,
“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Cuba lihat Al-Qur’an!” Demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapapun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayat-ayat Allah SWT tersebut:

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kelmarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutny a. Ini tentu sangat menarik.


People drag out their motorcycle from the ruins of their house in Padang
on Indonesia's Sumatra island October 1, 2009. (REUTERS/Crack Palinggi)

sumber: email budakkampung8@gmail.com
p/s kebetulan dalam ceramah Us Ismail Kamus di IJN tengahari semalam ada menyebut pasal fenomena ni.

Friday, September 18, 2009

Coldest place in the solar system? Right nearby


Astronomers have found the coldest spot in our solar system and it may be a little close for comfort. It's on our moon, right nearby.
NASA is making the first ever temperature map of the moon. They found that at the moon's south pole, it's colder than far away Pluto. The area is inside craters that are permanently shadowed so they never see sun. Temperatures there were measured at 397 degrees (minus 238 Celsius) below zero. That's just 35 degrees (2 Celsius) higher than the lowest temperature possible. It is also about a degree chillier than what's been found on Pluto. The information is from NASA's Lunar Reconnaissance Orbiter which started its science mission last week. - AP

Friday, August 28, 2009

Ustaz Ismail Kamus sihat, kini di Makkah

KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Berita kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Ustaz Dato' Ismail Kamus yang kini merupakan pendakwah bebas yang tersebar melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) hanyalah khabar angin semata-semata.

Menurut ahli keluarganya, Ismail Kamus kini sedang mengerjakan umrah di Makkah dan berada dalam keadaan sihat walafiat sekaligus menafikan berita itu.

Semalam tersebar SMS yang melaporkan bahawa beliau telah menghembuskan nafas terakhir petang semalam akibat serangan sakit jantung.

Malah SMS tersebut turut mengajak umat Islam menyedekahkan surah al-fatihah supaya roh beliau dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

Sebaliknya berita yang sebenar ialah kematian tokoh ekonomi terkenal iaitu Prof Dato' Dr Ismail Salleh di Singapura petang semalam.

Ismail Kamus merupakan penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam yang terletak di Gombak Setia. - mks.