Monday, October 26, 2009

Vitex

Mendengar bacaan tekanan darah tinggi abah 199/101 dengan pulse 89 memang menakutkan. Sekonyong-konyong teringat entri Nani berkenaan testimoni seorang pengidap darah tinggi yang lepas. Baca sini.


Dalam usia mencecah 70 tahun tekanan setinggi speed Raikkonen ketika mengambil selekoh pastinya berisiko lebih tinggi. Walaupun tadi abah beria-ia menunjukkan ubat doktor yang dapat membantu tapi kesakitan menanggung...



kesan amat jelas. IsyaAllah esok akan didapatkan Vitex dan Omega 3, yang lebih dipercayai untuk membantu menurunkan tekanan darah kembali ke normal sekitar 140/90. Harap lepas ni abah akan menjadi sebahagian dari testimoni.
Tanda-tanda awal sakit darah tinggi adalah seperti berikut:-

a) Sakit bahagian kepala
b) Mata merah
c) Sakit dan tegang di bahagian tengkuk
d) Kesemutan di kaki dan tangan

Sekiranya tidak diatasi, penderita akan menghadapi masalah berikut:-

a) Stroke atau lumpuh kaki dan tangan
b) Rabun hingga mengakibatkan buta
c) Lemah jantung
d) Ginjal rosak dan tidak berfungsi
e) Pecah pembuluh darah hingga mengakibatkan koma, gangguan saraf dan lumpuh

Dos-amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul pada waktu malam.

5 comments:

  1. Rasanyer dlm usia mencecah 70 thn... dia memerlukan Vitex, Omega 3 & VIAGRA... hahaha!! jgn marrraahhh......

    ReplyDelete
  2. Tak marah..tapi masa kita akan sampai. VIAGRA tu ubat klinik, kita ada produk herba HPA yang lebih selamat, elok amalkan sekarang.

    ReplyDelete
  3. mudah2 bacaan di hajati sekitar 140/85
    diperolehi InsyaAllah...

    ReplyDelete
  4. Abah dah start makan Vitex sejak selasa, sekali dengan teh herba.Insya Allah boleh baik. Bty, abah & mak dah jadi member HPA, mike bile lagi?

    ReplyDelete