Monday, October 26, 2009

Vitex

Mendengar bacaan tekanan darah tinggi abah 199/101 dengan pulse 89 memang menakutkan. Sekonyong-konyong teringat entri Nani berkenaan testimoni seorang pengidap darah tinggi yang lepas. Baca sini.


Dalam usia mencecah 70 tahun tekanan setinggi speed Raikkonen ketika mengambil selekoh pastinya berisiko lebih tinggi. Walaupun tadi abah beria-ia menunjukkan ubat doktor yang dapat membantu tapi kesakitan menanggung...

Thursday, October 22, 2009

Syukran.....Titian Wahyu, Mentor Mentee EMAS


Majlis Ihtifal Mentor Mentee Emas dan jamuan makan malam hari sabtu lepas 17/10/09 telah berjaya dilaksanakan hasil penat lelah jawatankuasa EMAS Bereau, Titian Wahyu, UIAM di CAC. Ucapan terima kasih memang tidak memadai untuk ibu bapa sampaikan kepada mentor (pelajar Kelab Titian Wahyu UIAM) kerana sepanjang tahun 2009 ini mereka telah banyak menyumbangkan tenaga dan  masa untuk mendidik anak-anak SERI Al- Huda.

Setiap program yang dilaksanakan (kebanyakannya di UIA) mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar. Modul yang diketengahkan merangkumi 3 subjek akademik utama iaitu E - English, MA - Matematik dan S- Sains tetapi disampaikan dalam suasana  lebih santai dan lebih banyak aktiviti luar, eksperimen...

Sunday, October 18, 2009

E-Codes that contain Pig Fats

You are what you eat..

E100s are generally colours
E200s - E282  are mainly preservatives and acids
E300 - E341 are mainly antioxidants and acid regulators
E400s include emulsifiers, stabilisers, thickeners,anti caking agents, release agents and baking agents

Saturday, October 17, 2009

Radix Koko

Jom tengok video Radix Koko. Kalau nak clear lagi sila tune in ke TV9.




Kami dah bertukar macam transformer ke Radix Koko. Meilo2 dah tak main. Tunggu apa lagi, sertai kami sekarang. Emailkan pesanan anda, baru RM18 sekilo, mahal sikit dari meilo, tapi kitakan nak bantu produk Muslim?


Thursday, October 15, 2009

Toksu Kota Singa

Kunjungan saudara jauh dari Kota Singa sememangnya ditunggu tambah pula dalam Syawal yang mulia. Toksu Kassim, kini 80 tahun merupakan bapa saudara abah yang bongsu menetap selamanya di negeri yang ada F1 waktu malam. Menurut abah, ini merupakan kunjungan Toksu ke KL yang ketiga sebelumnya 1987 dan 1989.

Kesempatan berhubung melalui telefon dengan Toksu pada petang Sabtu membolehkan kami membuat sedikit persediaan sementelahan abah juga ternanti-nanti kedatangan Toksu selepas 20 tahun.

Wednesday, October 14, 2009

Deja Vu


The deja vu of being knocked-off the bike again has been realised this morning just in front of abah's workplace. Pesan orang-orang tua ketika berpergian, kalau jatuh nanti bangun sendiri. Setengah jam selepas ke tempat kerja abah kembali dalam menahan kesakitan dan bergegas kemudiannya ke klinik.

After the dressing, abah simply said that this is expected and just padan muka. Abah said he took big risk going to work day in day out for the past 7 days and accept God's way of telling there is no point to cross your father no matter how true it was. Ni baru sikit je peringatan yang diterima.

Alhamdulillah, no serious injury.Hopefully the lesson is learned and take his time off to reflect and bermuhasabah diri.

Monday, October 12, 2009

Kalimah "ALLAH" dalam minuman Kopi Radix

SUBHANALLAH


SUBHANALLAH... pada 6 Julai 2009 anak kepada sahabat HPA Zabidah Bt Man (Salak Tinggi) iaitu bendahari komuniti Nilai telah menemui objek kalimah Allah di dalam kopi Radix HPA

Pada jam lebih kurang 6.20 pagi anak perempuan Pn. Zabidah iaitu Nurul Atiqah Habidin (17 thn) telah membancuh kopi Radix untuk sarapan adik beliau (Mohd. Afiq Hafizuddin Habidin-11 thn) yang dikatakan kurang menggemari kopi radix. Selepas itu, Nurul terus menaiki bas untuk kesekolah lebih kurang jam 6.30 pagi.

Manakala Mohd. Afiq yang diminta oleh ibunya minum kopi radix tersebut, tiba-tiba memanggil ibunya kerana melihat objek kalimah Allah (6.50 pagi) pada buih kopi Radix. Lantas Pn. Zabidah bergegas dan terkejut terus memanggil suaminya (Habidin Mat) dan mereka sempat merakamkan gambar seperti yang kita lihat di atas.

Pn. Zabidah, selalu berpesan kepada anak-anaknya supaya membancuh kopi radix dengan kaedah mengacau kopi radix arah lawan jam dan membaca selawat syifa'. Beliau sehingga menitiskan airmata dengan kejadian yang berlaku dan dikatakan barulah Mohd. Afiq menggemari kopi Radix.

Subhanallah, inilah yang dikatakan keberkatan bulan Rejab dan secara kebetulan mereka sekeluarga berpuasa sunat Rejab kecuali Mohd. Afiq.

Sumber: gambar diambil dari PJS Habibah Yusoff

Subhanallah, inilah kebesaran Allah...

Kita sebagai ahli keluarga HPA perlu meneruskan penyatuan hati untuk memasarkan produk halal dan baik ketengah masyarakat sebagi satu amanah dan tuntutan fardhu kifayah demi membangunkan ekonomi ummah. 
 
 
Dipetik dari blog Group Sahabat Network

Gula, Manismu membunuh






  Sumber maklumat di atas diperolehi daripada buku terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang bertajuk "Mengesan Gula Tersembunyi Dalam Makanan".

Saturday, October 10, 2009

Produk baru keluaran HPA


                                 
                                     Deodran didatangkan dalam 3 pilihan khas untuk lelaki dan wanita

Dalam jangkamasa beberapa bulan bulan ini, HPA telah mengeluarkan banyak produk makanan dan produk kegunaan harian  Antaranya yang terkini ialah mee kuning yang telahpun berada di pusat jualan dan stokis-stokis HPA. Di samping itu, ais krim toyyibah dengan perasa terbaru seperti koko ripple, dan  keladi di samping perisa sedia ada iaitu coklat, vanilla dan strawberi Berikut adalah antara produk terkini keluaran HPA