Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Tuesday, October 27, 2009

Perompak Celik IT

Sebagai peringatan kepada semua, dari pengalaman seorang mangsa rompakan. Perompak kini lebih celik IT sebab dah pandai minta login dan password Maybank2u. Kejadian ini terdapat beberapa persamaan dengan kes yang baru saya dengar semalam di sebuah apartment di Serdang.

Sama-sama beringat arr..sebab Melayu mudah lupa..

“Saya terpaksa mengambil beberapa hari cuti kecemasan kerana pada malam semalam iaitu pada kira-kira 12.30 malam (hari Isnin malam Selasa 20 Oct 2009), rumah saya telah dimasuki oleh 3 orang lelaki berbangsa Melayu (berusia 20an). Saya diikat tangan ke belakang, ditanggal pakaian dan diambil gambar sebagai ugutan. Sekiranya saya melaporkan kepada phak polis mereka akan menyebarkan gambar tersebut.

Kemudian mereka meminta wallet saya. Saya dipaksa memberikan pin number ATM (both maybank & cimb). Mereka menyepak/terajang bila no pin yg saya berikan "salah". (kerana ada gang mereka yg pergi ke ATM). Saya di"hostage" oleh 3 orang lelaki sementara yg lain ke ATM. Malangnya ATM mesin tidak boleh digunakan selepas pukul 12 tgh malam. Mereka terpaksa menunggu hingga pukul 6 pagi baru keluar dari rumah saya. Sementara menunggu, setiap sudut rumah saya digeledah.