Friday, August 28, 2009

Empayer HPA-Radix Bakery House


Radix Bakery House Sg. Petani dirasmikan pada 5 Ogos yg lalu oleh Peng. Urusan HPA. Tn Hj. Ismail Ahmad. Lokasinya berdekatan dengan Radix Oriental Cuisine iaitu restoran HPA yg menghidangkan pelbagai jenis makanan berasaskan produk HPA.

Menurut Tn Hj. Ismail,penubuhan RBH ini adalah bagi menyahut seruan JAKIM dan PPIM ( Pers. Pengguna Islam M'sia) yg mengatakan 80% kek yg dijual di pasaran pd hari ini menggunakan bahan haram!!!!!!!!!! Disamping itu penggunaan mentega dan pewarna di kedai-kedai kek juga membimbangkan pengguna Islam,malah apabila disiasat ada di antara kek tersebut diletakkan alkohol bagi menjadikan kek tersebut gebu dan lebih besar, Nauzubillah, moga kita pengguna Islam dijauhkan drpd. perkara begini. Kesedaran dan keprihatinan kita sahaja yg menjadi benteng kerana kita semua sentiasa terdedah dgn. situasi sebegini.

Kita berharap dengan penubuhan Radix Bakery House ini akan menjadi pemangkin bagi industri roti dan kek dikuasai oleh umat Islam, kerana makanan yg kita makan memberikan kesan kpd pembentukan akhlak dan penerimaan doa oleh Allah SWT.

No comments:

Post a Comment